:: Sesi menghapdet belog ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Fuuuhh..Fuuuhhhh *tiup-tiup belog yang dah maha bersawang*


Hehe.. Dek kerna baru terbaca perlian kakak tersayang yang dok tunggu adik dia hapdet, ngeee.. Gamaknya dia sorang jek yang baca kot! Maka daku pun menghapdet ler belog ini..


Entah kenapa dengan penyakit yang melanda diriku ini, belog orang lain leh kata hampir setiap hari gi terjah dan tinggalkan jejak tapi belog sendiri terabai 


Kalau nak ikut nak hapdet cerita..Macam-macam yang hendak dicoretkan. Banyak sangat peristiwa yang jadi tak sempat nak dikongsi bersama. Err..Ada ke yang nak berkongsi pun ye tak?Uhuk uhuk..

Takpa-takpa, hapdet 1-1 lah..bukan nak kejar apa-apa pun ye tak?Huhu..Dari kisah sambutan harijadi terakhir sebagai anak dara, bercuti di kedah bersama keluarga pokcik, saya demam aaron aziz  (hehe..mau kene pelangkong ngan inchek tunang nih) sampailah pada kisah yang berlaku semalam..Kursus kahwin di Zura's Akademik..

Nanti saya hapdet 1-1 yeh? Tunggu yeh?





  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 
 

:: Entry ini tiada bernama ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

 Like seriously? Why did i ever created this blog if i'm too freaking lazy too update everything in it. I don't even know why i have this lazy disease. It's just like i can't do anything. It's eating me inside. This lazy disease won't let me sleep, won't let me do anything in proper not even updating my freaking blog! Tsk! Nampak sangat diriku ini memerlukan bantuan..


Lately i'm always kinda think that i'm kinda in stress mode. But i don't even know why the heck i'm feeling all stressed out?Kerja ofis is not that burdening bebaru nih. My relationship ngan inchek tunang pun oke jek. Kami takdak gado2.. Then why laa i'm having this sickening stress feeling deep inside the pit of my stomach? Somebody help?

 
Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 
 

:: Hanya Dia ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Serasanya macam ada banyak sangat benda nak kena fikir dalam minda ni. Tapi sekarang nih all i can think off is about my dad. He's now admitted in Ampang Puteri due to his hypertension. Ditambah dengan kami yang patut berlepas ke Jakarta esok. Serasa macam da takleh nk rasa teruja macam selalu rasa sebelum travel ke mana-mana.


Dia nampak macam semakin sembuh di luaran. Dalaman nya masih belum stabil. Mungkin juga sebab dia tak nak kami anak-anak serta bonda kami risau tentang dia. Herm...


Saya dengan ini nak mintak jasa baik kawan-kawan di luar sana yang membaca atau terbaca nukilan saya ini agar mendoakan kesihatan ayahanda saya. Semoga dengan doa yang bakal anda titip, kesihatan ayahanda saya akan bertambah pulih.. InsyaAllah..Amin..

  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 
 

:: Persiapan Kahwin?! ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Diam tak diam rupanya cuma tinggal kurang lebih lapan bulan lagi sebelum saya melangkah ke gerbang perkahwinan..Huhu.. Macam tak percaya pulak! Manakan tidak boleh dikatakan hampir tiada apa yang dilakukan. Sebarang persiapan belum lagi berjalan. Baik dari bab memilih wedding planner, memilih pelamin dan baju yang sesuai, siapa mak andam / pak andam saya, bunga telur, door gift, p.a system, emcee hammer, budak silat budak-, budak-budak kompang, flowergirl dan sebagainya. 

Kalau pasangan lain yang ingin berkahwin lebih kurang sama tarikh dengan saya pastinya sudah sibuk membuat pelbagai persiapan untuk menjayakan hari bahagia masing-masing. Tapi saya dan inchek tunang lebih sibuk memikirkan dateline dan task yang belambak-lambak di atas meja masing-masing. *Sigh*


Ini kerana bila saya mula memikirkan perkara-perkara seperti di atas saya akan rasa kalut dan kusut. Tambahan pula kerja di pejabat semakin bertambah (macam tak pernah kurang jek?). Jadi untuk tidak mengusutkan fikiran, saya senang untuk tidak berfikir lansung tentang sebarang perkara mengenai perkahwinan.. Hihi..Kursus kahwin pun belum saya sempat fikirkan di manakah lokasi yang sesuai untuk pergi. *Takleh kawenla kita inchek tunang!*


Kawan-kawan yang budiman.. Boleh bantu saya? Sila tinggalkan sebarang link atau komen-komen bernas di ruangan komen mengenai apa sahaja yang melibatkan perkahwinan , perundingan, tempat korang dulu book pelamin, mak andam, pak andam, bli doorgift, apa yang patut diberi pada tetamu yang hadir dan sebagainya. (nak bagi tips malam pertama pun buleh tapi sila email). Saya rasa saya amat memerlukannya :p

  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 
 

:: Bila masa nak jadi rajin nih? ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Setiap kali selesai hapdet sesuatu pos pastinya saya akan janji yang saya akan menjadi rajin dan akan lebih kerap post hapdet lain..Tapi mcm biasalah..Melayu mudah lupa!

Saya seringkali rasa terjerut dengan janji-janji yang saya da buat.Walaupun saya rasa takda orang yang nak buang masa baca benda ni, tapi saya tetap rasa bersalah terutamanya dengan diri sendiri sebab saya tak rajin. Isk..  Agak-agaknya bila masa saya nak jadi rajin nih ek? 

 

  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 

:: Result SPM! ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Hari ni, 23hb Mac 2011, adik kodek saya akan mengambil keputusan SPM beliau. Setelah 2 tahun berhempas pulas di SMT Kajang, maka tibalah masanya..Jeng jeng jeng..

Tak payahlaa saya nak bawa anda semua mengimbau kisah lama saya dahulu sebab keputusan yang saya perolehi tidaklah segempak mana malah boleh membuatkan anda menitiskan air mata anda semua sekiranya saya memberitahu keputusan saya dahulu..

Namun Alhamdulillah berkat usaha dan doa ayah dan mama yang tak jemu memberikan semangat dan juga memberi bantuan tak kira moral mahupun kewangan, walaupun tidak melayakkan diri ke Institusi Pengajian Awam atau pun ke obersi sekalipun saya tetap berjaya menjawat jawatan sebagai seorang Jurutera Rekabentuk Mekanikal di sebuah Firma Perunding Kejuruteraan.

Lalu saya di sini, sebagai seorang kekanda kepada Nur Heedya Nisya Binti Adam, mendoakan kejayaan beliau. Walau apa bentuk keputusan yang diterima, jangan mengalah dan teruskan berjuang! 
*Btw,kalau ko x achieve flying colours no special present for you kiddo! ekekeke!*


Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 





:: Catch Up? ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Huuu mak aih..Da berhabuk,bersawang bagai..Terlampau banyak foto dan cerita da terlepas untuk dikongsi bersama..Walaupun takda orang yang baca takpalah, ruang penulisan nih sedikit sebanyak leh membantu menolong saya belajar berkomunikasi dengan baik. (errr..baik ke?Motip?)

Okeh, hanya sebagai pemberitahuan insyaAllah posting / update terbaru akan disiarkan dalam masa terdekat.Harapnya,kekangan kerja dan perniagaan kecil-kecilan tidak membantutkan semangat menulis di alam maya ini.Hehe..Galakan kecil kepada diri sendiri!

Ketemu lagi nanti yah!



Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)