:: Hanya Dia ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Serasanya macam ada banyak sangat benda nak kena fikir dalam minda ni. Tapi sekarang nih all i can think off is about my dad. He's now admitted in Ampang Puteri due to his hypertension. Ditambah dengan kami yang patut berlepas ke Jakarta esok. Serasa macam da takleh nk rasa teruja macam selalu rasa sebelum travel ke mana-mana.


Dia nampak macam semakin sembuh di luaran. Dalaman nya masih belum stabil. Mungkin juga sebab dia tak nak kami anak-anak serta bonda kami risau tentang dia. Herm...


Saya dengan ini nak mintak jasa baik kawan-kawan di luar sana yang membaca atau terbaca nukilan saya ini agar mendoakan kesihatan ayahanda saya. Semoga dengan doa yang bakal anda titip, kesihatan ayahanda saya akan bertambah pulih.. InsyaAllah..Amin..

  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 
 

:: Persiapan Kahwin?! ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Diam tak diam rupanya cuma tinggal kurang lebih lapan bulan lagi sebelum saya melangkah ke gerbang perkahwinan..Huhu.. Macam tak percaya pulak! Manakan tidak boleh dikatakan hampir tiada apa yang dilakukan. Sebarang persiapan belum lagi berjalan. Baik dari bab memilih wedding planner, memilih pelamin dan baju yang sesuai, siapa mak andam / pak andam saya, bunga telur, door gift, p.a system, emcee hammer, budak silat budak-, budak-budak kompang, flowergirl dan sebagainya. 

Kalau pasangan lain yang ingin berkahwin lebih kurang sama tarikh dengan saya pastinya sudah sibuk membuat pelbagai persiapan untuk menjayakan hari bahagia masing-masing. Tapi saya dan inchek tunang lebih sibuk memikirkan dateline dan task yang belambak-lambak di atas meja masing-masing. *Sigh*


Ini kerana bila saya mula memikirkan perkara-perkara seperti di atas saya akan rasa kalut dan kusut. Tambahan pula kerja di pejabat semakin bertambah (macam tak pernah kurang jek?). Jadi untuk tidak mengusutkan fikiran, saya senang untuk tidak berfikir lansung tentang sebarang perkara mengenai perkahwinan.. Hihi..Kursus kahwin pun belum saya sempat fikirkan di manakah lokasi yang sesuai untuk pergi. *Takleh kawenla kita inchek tunang!*


Kawan-kawan yang budiman.. Boleh bantu saya? Sila tinggalkan sebarang link atau komen-komen bernas di ruangan komen mengenai apa sahaja yang melibatkan perkahwinan , perundingan, tempat korang dulu book pelamin, mak andam, pak andam, bli doorgift, apa yang patut diberi pada tetamu yang hadir dan sebagainya. (nak bagi tips malam pertama pun buleh tapi sila email). Saya rasa saya amat memerlukannya :p

  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 
 

:: Bila masa nak jadi rajin nih? ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Setiap kali selesai hapdet sesuatu pos pastinya saya akan janji yang saya akan menjadi rajin dan akan lebih kerap post hapdet lain..Tapi mcm biasalah..Melayu mudah lupa!

Saya seringkali rasa terjerut dengan janji-janji yang saya da buat.Walaupun saya rasa takda orang yang nak buang masa baca benda ni, tapi saya tetap rasa bersalah terutamanya dengan diri sendiri sebab saya tak rajin. Isk..  Agak-agaknya bila masa saya nak jadi rajin nih ek? 

 

  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)