:: Hosni Mubarak Jutawan?! Saya pun sama! ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Last Entry adalah berkenaan dengan krisis yang sedang berlaku di Mesir. Pergolakan yang mula berlaku bilamana segelintir penduduk Mesir tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri mereka yakni si Hosni Mubarak tuh. Dek kerana tak pernah nak amik tau pasal negara luar, bila da jadi camni susah gak nak dapat info tentang apa sebenarnya yang terjadi. Apa yang membuatkan penduduk Mesir nih marah, berdemo bagai sampai mengorbankan nyawa yang tak berdosa. Saya pun mula bertanya-tanya pada sumber yang paling utama :)
Ayahanda saya..

Memang sedari kecik lagi,kalau ada apa-apa, ayahanda dan bonda merupakan sumber utama yang akan ditanya atau untuk sebarang pengesahan gosip artis apa sahaja la.. (ye ayahanda saya juga menghapdet dirinya dengan gosip-gosip sebegini..Kadangkala laa..Huhu..)

Lalu bertanyala saya kepada ayahanda, apa yang menyebabkan Mesir nih bergolak sampai macam ni sekali keadaannya. Ayahanda cakap, (this is from his point of view ye kengkawan) Hosni Mubarak nih da terlampau lama jadi PM kat Mesir nih, tapi pembangunan tak berapa banyak. Bersekongkol comolot ngn US jek lebih (Ok itu saya tambah..hehe..) Lepas tu, kalau yang tak tau ni saya bitau la, dan ini bukan cerita baru, keliling Palestin tuh ada 1 tembok besar yang dibina / ditambak Israel untuk mengelakkan rakyat Palestin tuh dari keluar masuk sewenang-wenangnya. Walhal Israel tuh lah sebenarnya pendatang haram yang menambak tanah Palestin lalu dijadikan kediaman diorang (giler jahat!)


Dan dek kerana terlalu lama menjadi PM Mesir, Si Hosni Mubarak nih...






Yep..Dikhabarkan setelah terlampau lama jadik PM Mesir, dia da kaut segala duit2 yang hagaknya patut digunakan untuk pembangunan gamaknya. Untuk aritikel lanjut korang leh bacak kat sini .
Manalah tak kaya, dia dilantik jadik Timbalan PM pada 1975 dan jadi PM pada 1981! Lagi lama dia jadi PM dari umur diriku ini! ;p 
Tun M pun tak lama camni jadi PM. And even though corruption is hard to deal with here in Malaysia, kita patut bersyukur sebab kita masih punya pembangunan yang pesat dan skyscrapper yang masih menarik pengunjung luar berkunjung ke sini :)


Eh lari dari tajuk asal da..Hehe..Sebenanya tajuk tu saja nk wat camtuh sebabnya...Jeng jeng jeng..InshaAllah, hujung minggu nih bakal berlibur di bandung! :D
Da tukar duit yang tak seberapa ada nih ke rupiah, dapatlah saya pegang title jutawan tuh sekejap! Haha..Walaupun tak sekaya kutu penghisap darah yang makan darah / hasil orang lain untuk kepentingan diri sendiri! Doakan perjalanan pergi dan pulang saya dengan selamat ye kawan-kawan. InshaAllah akan saya hapdet cerita pasal ni nanti..


p/s : Terima kasih kerajaan Malaysia sebab mengadakan OPS PIRAMID untuk membawa keluar pelajar & rakyat Malaysia yang berada di Mesir walaupun menanggung kos yang tinggi. Untuk pelajar-pelajar yang berada di sana untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran,harapnya Allah SWT senantiasa memelihara anda semua. Belajar dan kemudian pulanglah menyambung legasi anda di sini..Semoga apa sahaja yang kita lakukan mendapat keberkatan dariNya..




Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 

:: Doakan Keselamatan Mereka ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

 Satu demi satu hal hangat terjadi sekarang ni.Tapi yang paling menyentuh jiwa saya waktu ni adalah berkenaan student-student serta rakyat Malaysia yang berada di Mesir.Kita disogokkan dengan berita di akhbar mahupun di televisyen yang baik-baik ataupun tidak berapa teruk keadaan di sana..Tapi anda semua boleh lihat di sini dan di blog Saudara AriffShah mengenai keadaan sebenar yang terjadi.


Kalau nak kata berita tidak benar ataupun fitnah semata-mata,wallahualam namun saya khuatir ini adalah perkara sebenar yang terjadi di sana.


:: Kredit to AriffShah.com ::


Untuk itu, saya seru rakan-rakan sekalian yang membaca agar mengirim titipan doa buat seluruh warga Malaysia yang masih berada di sana..Dan beberapa minit lepas, saya dapat tau ada khabar gembira 


:: Kredit to the above page at FB ::



Semoga yang lain-lain yang masih belum pulang bertahan dan bersabar menempuh rintangan dan buat keluarga, saudara-mara serta sahabat handai yang masih mempunyai kenalan di seberang sana sabar dan tabah menanti kepulangan insan-insan ini..


Saya memang tak mampu nak menolong namun doa tak putus saya harapkan agar semua Warga Malaysia yang di sana dipelihara Allah SWT..Kawan-kawan yang membaca tolong sebar-sebarkan berita ini ya?
Atau anda boleh ke FB dan join http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir untuk mengetahui keadaan sebenar dan selanjutnya.


Untuk Saudara Ariff Shah dan Saudari Nuvul Nadiva Dizavch  semoga jasa baik kalian menyebarkan berita ini dibalas tuhan. Saya cuma salah seorang yang mengikuti dan turut sama menyebarkan berita ini..

 
Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)