Showing posts with label mengarut. Show all posts
Showing posts with label mengarut. Show all posts

:: Entry ini tiada bernama ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

 Like seriously? Why did i ever created this blog if i'm too freaking lazy too update everything in it. I don't even know why i have this lazy disease. It's just like i can't do anything. It's eating me inside. This lazy disease won't let me sleep, won't let me do anything in proper not even updating my freaking blog! Tsk! Nampak sangat diriku ini memerlukan bantuan..


Lately i'm always kinda think that i'm kinda in stress mode. But i don't even know why the heck i'm feeling all stressed out?Kerja ofis is not that burdening bebaru nih. My relationship ngan inchek tunang pun oke jek. Kami takdak gado2.. Then why laa i'm having this sickening stress feeling deep inside the pit of my stomach? Somebody help?

 
Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 
 

:: Persiapan Kahwin?! ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Diam tak diam rupanya cuma tinggal kurang lebih lapan bulan lagi sebelum saya melangkah ke gerbang perkahwinan..Huhu.. Macam tak percaya pulak! Manakan tidak boleh dikatakan hampir tiada apa yang dilakukan. Sebarang persiapan belum lagi berjalan. Baik dari bab memilih wedding planner, memilih pelamin dan baju yang sesuai, siapa mak andam / pak andam saya, bunga telur, door gift, p.a system, emcee hammer, budak silat budak-, budak-budak kompang, flowergirl dan sebagainya. 

Kalau pasangan lain yang ingin berkahwin lebih kurang sama tarikh dengan saya pastinya sudah sibuk membuat pelbagai persiapan untuk menjayakan hari bahagia masing-masing. Tapi saya dan inchek tunang lebih sibuk memikirkan dateline dan task yang belambak-lambak di atas meja masing-masing. *Sigh*


Ini kerana bila saya mula memikirkan perkara-perkara seperti di atas saya akan rasa kalut dan kusut. Tambahan pula kerja di pejabat semakin bertambah (macam tak pernah kurang jek?). Jadi untuk tidak mengusutkan fikiran, saya senang untuk tidak berfikir lansung tentang sebarang perkara mengenai perkahwinan.. Hihi..Kursus kahwin pun belum saya sempat fikirkan di manakah lokasi yang sesuai untuk pergi. *Takleh kawenla kita inchek tunang!*


Kawan-kawan yang budiman.. Boleh bantu saya? Sila tinggalkan sebarang link atau komen-komen bernas di ruangan komen mengenai apa sahaja yang melibatkan perkahwinan , perundingan, tempat korang dulu book pelamin, mak andam, pak andam, bli doorgift, apa yang patut diberi pada tetamu yang hadir dan sebagainya. (nak bagi tips malam pertama pun buleh tapi sila email). Saya rasa saya amat memerlukannya :p

  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 
 

:: Bila masa nak jadi rajin nih? ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Setiap kali selesai hapdet sesuatu pos pastinya saya akan janji yang saya akan menjadi rajin dan akan lebih kerap post hapdet lain..Tapi mcm biasalah..Melayu mudah lupa!

Saya seringkali rasa terjerut dengan janji-janji yang saya da buat.Walaupun saya rasa takda orang yang nak buang masa baca benda ni, tapi saya tetap rasa bersalah terutamanya dengan diri sendiri sebab saya tak rajin. Isk..  Agak-agaknya bila masa saya nak jadi rajin nih ek? 

 

  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 

:: Catch Up? ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Huuu mak aih..Da berhabuk,bersawang bagai..Terlampau banyak foto dan cerita da terlepas untuk dikongsi bersama..Walaupun takda orang yang baca takpalah, ruang penulisan nih sedikit sebanyak leh membantu menolong saya belajar berkomunikasi dengan baik. (errr..baik ke?Motip?)

Okeh, hanya sebagai pemberitahuan insyaAllah posting / update terbaru akan disiarkan dalam masa terdekat.Harapnya,kekangan kerja dan perniagaan kecil-kecilan tidak membantutkan semangat menulis di alam maya ini.Hehe..Galakan kecil kepada diri sendiri!

Ketemu lagi nanti yah!



Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)

:: Syukran Jazzilan ::

Tak pernah terfikir nak ada blog sendiri. Sedangkan diari pun malas x berapa rajin nak tulis dlu.
Dulu2 penahla ada blog kejap.Tapi tht's more to profinity words yang tidak sesuwai diulangtayang.Teheheh.. 

Cuma semenjak da bekerja diari/organizer mmg peneman setia yang terbaik.
Manakan tidak kat situla conteng2 nak amek notes kalau de meeting/discussion dgn bos ke client ke ngan sape2 jela..Pendek kata memang skrg ni penting kot..

Biasanya dgn bos, kalau dia panggil peluk organizer kat dada pastu bru g masuk bilik bos..
Pastu dengar jela dia membebel panjang smbey letak organizer atas peha tp xbuat pape ;p
Kalau dgn client,biasanya kalau deal ngn developer.Time dia marah2 atau sibuk nak tau pasal work progress @ pape authority approval,(ye ini yang paling selalu ditanye bila anda menjadi engineer cabuk seperti saya)mulala terkial2 selak sana sini,buat2 macam segala macam jawapan ada dalam organizer tuh.. 

Huhu..Bocor rasia mak! Heheh..Tapi alhamdulillah,after nearly 4 years bergelar sang pencacai engineer cabuk, dapat gak menyesuwaikan diri dengan sepak terajang dunia consultancy walaupun hakikat masih terlalu byk utk dipelajari dan diketahui..

Dan sekarang nih mula bergiat2 dalam dunia penulisan blog hanya untuk mendekati orang-orang luar setelah sekian lama menjadi stalker  silent reader blog2 org lain..Heheh..Moga-moga dengan keizinan Allah SWT dan sokongan rakan2 sekalian dapatla kita bertukar pandangan atau apa jua komen2 membina (yang x berapa membina pun buleh jugek sebenanye) dalam kita ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Next entry would be on "Mengapa tetibe terbukak pintu hati nak berblogging" :)

Wassalam..
p/s : skill mengedit yang dapat waktu tgh cacat otak..haha..
p/p/s : ♥ chentahati saya dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Sungai Buloh sewaktu si cacat otak di atas sedang mengarang 1st entrynya di pukul 11 malam dengan mata bengkak ;p