:: Sesi menghapdet belog ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Fuuuhh..Fuuuhhhh *tiup-tiup belog yang dah maha bersawang*


Hehe.. Dek kerna baru terbaca perlian kakak tersayang yang dok tunggu adik dia hapdet, ngeee.. Gamaknya dia sorang jek yang baca kot! Maka daku pun menghapdet ler belog ini..


Entah kenapa dengan penyakit yang melanda diriku ini, belog orang lain leh kata hampir setiap hari gi terjah dan tinggalkan jejak tapi belog sendiri terabai 


Kalau nak ikut nak hapdet cerita..Macam-macam yang hendak dicoretkan. Banyak sangat peristiwa yang jadi tak sempat nak dikongsi bersama. Err..Ada ke yang nak berkongsi pun ye tak?Uhuk uhuk..

Takpa-takpa, hapdet 1-1 lah..bukan nak kejar apa-apa pun ye tak?Huhu..Dari kisah sambutan harijadi terakhir sebagai anak dara, bercuti di kedah bersama keluarga pokcik, saya demam aaron aziz  (hehe..mau kene pelangkong ngan inchek tunang nih) sampailah pada kisah yang berlaku semalam..Kursus kahwin di Zura's Akademik..

Nanti saya hapdet 1-1 yeh? Tunggu yeh?





  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 
 

:: Entry ini tiada bernama ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

 Like seriously? Why did i ever created this blog if i'm too freaking lazy too update everything in it. I don't even know why i have this lazy disease. It's just like i can't do anything. It's eating me inside. This lazy disease won't let me sleep, won't let me do anything in proper not even updating my freaking blog! Tsk! Nampak sangat diriku ini memerlukan bantuan..


Lately i'm always kinda think that i'm kinda in stress mode. But i don't even know why the heck i'm feeling all stressed out?Kerja ofis is not that burdening bebaru nih. My relationship ngan inchek tunang pun oke jek. Kami takdak gado2.. Then why laa i'm having this sickening stress feeling deep inside the pit of my stomach? Somebody help?

 
Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 
 

:: Hanya Dia ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Serasanya macam ada banyak sangat benda nak kena fikir dalam minda ni. Tapi sekarang nih all i can think off is about my dad. He's now admitted in Ampang Puteri due to his hypertension. Ditambah dengan kami yang patut berlepas ke Jakarta esok. Serasa macam da takleh nk rasa teruja macam selalu rasa sebelum travel ke mana-mana.


Dia nampak macam semakin sembuh di luaran. Dalaman nya masih belum stabil. Mungkin juga sebab dia tak nak kami anak-anak serta bonda kami risau tentang dia. Herm...


Saya dengan ini nak mintak jasa baik kawan-kawan di luar sana yang membaca atau terbaca nukilan saya ini agar mendoakan kesihatan ayahanda saya. Semoga dengan doa yang bakal anda titip, kesihatan ayahanda saya akan bertambah pulih.. InsyaAllah..Amin..

  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 
 

:: Persiapan Kahwin?! ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Diam tak diam rupanya cuma tinggal kurang lebih lapan bulan lagi sebelum saya melangkah ke gerbang perkahwinan..Huhu.. Macam tak percaya pulak! Manakan tidak boleh dikatakan hampir tiada apa yang dilakukan. Sebarang persiapan belum lagi berjalan. Baik dari bab memilih wedding planner, memilih pelamin dan baju yang sesuai, siapa mak andam / pak andam saya, bunga telur, door gift, p.a system, emcee hammer, budak silat budak-, budak-budak kompang, flowergirl dan sebagainya. 

Kalau pasangan lain yang ingin berkahwin lebih kurang sama tarikh dengan saya pastinya sudah sibuk membuat pelbagai persiapan untuk menjayakan hari bahagia masing-masing. Tapi saya dan inchek tunang lebih sibuk memikirkan dateline dan task yang belambak-lambak di atas meja masing-masing. *Sigh*


Ini kerana bila saya mula memikirkan perkara-perkara seperti di atas saya akan rasa kalut dan kusut. Tambahan pula kerja di pejabat semakin bertambah (macam tak pernah kurang jek?). Jadi untuk tidak mengusutkan fikiran, saya senang untuk tidak berfikir lansung tentang sebarang perkara mengenai perkahwinan.. Hihi..Kursus kahwin pun belum saya sempat fikirkan di manakah lokasi yang sesuai untuk pergi. *Takleh kawenla kita inchek tunang!*


Kawan-kawan yang budiman.. Boleh bantu saya? Sila tinggalkan sebarang link atau komen-komen bernas di ruangan komen mengenai apa sahaja yang melibatkan perkahwinan , perundingan, tempat korang dulu book pelamin, mak andam, pak andam, bli doorgift, apa yang patut diberi pada tetamu yang hadir dan sebagainya. (nak bagi tips malam pertama pun buleh tapi sila email). Saya rasa saya amat memerlukannya :p

  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 
 

:: Bila masa nak jadi rajin nih? ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Setiap kali selesai hapdet sesuatu pos pastinya saya akan janji yang saya akan menjadi rajin dan akan lebih kerap post hapdet lain..Tapi mcm biasalah..Melayu mudah lupa!

Saya seringkali rasa terjerut dengan janji-janji yang saya da buat.Walaupun saya rasa takda orang yang nak buang masa baca benda ni, tapi saya tetap rasa bersalah terutamanya dengan diri sendiri sebab saya tak rajin. Isk..  Agak-agaknya bila masa saya nak jadi rajin nih ek? 

 

  Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 

:: Result SPM! ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Hari ni, 23hb Mac 2011, adik kodek saya akan mengambil keputusan SPM beliau. Setelah 2 tahun berhempas pulas di SMT Kajang, maka tibalah masanya..Jeng jeng jeng..

Tak payahlaa saya nak bawa anda semua mengimbau kisah lama saya dahulu sebab keputusan yang saya perolehi tidaklah segempak mana malah boleh membuatkan anda menitiskan air mata anda semua sekiranya saya memberitahu keputusan saya dahulu..

Namun Alhamdulillah berkat usaha dan doa ayah dan mama yang tak jemu memberikan semangat dan juga memberi bantuan tak kira moral mahupun kewangan, walaupun tidak melayakkan diri ke Institusi Pengajian Awam atau pun ke obersi sekalipun saya tetap berjaya menjawat jawatan sebagai seorang Jurutera Rekabentuk Mekanikal di sebuah Firma Perunding Kejuruteraan.

Lalu saya di sini, sebagai seorang kekanda kepada Nur Heedya Nisya Binti Adam, mendoakan kejayaan beliau. Walau apa bentuk keputusan yang diterima, jangan mengalah dan teruskan berjuang! 
*Btw,kalau ko x achieve flying colours no special present for you kiddo! ekekeke!*


Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 





:: Catch Up? ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Huuu mak aih..Da berhabuk,bersawang bagai..Terlampau banyak foto dan cerita da terlepas untuk dikongsi bersama..Walaupun takda orang yang baca takpalah, ruang penulisan nih sedikit sebanyak leh membantu menolong saya belajar berkomunikasi dengan baik. (errr..baik ke?Motip?)

Okeh, hanya sebagai pemberitahuan insyaAllah posting / update terbaru akan disiarkan dalam masa terdekat.Harapnya,kekangan kerja dan perniagaan kecil-kecilan tidak membantutkan semangat menulis di alam maya ini.Hehe..Galakan kecil kepada diri sendiri!

Ketemu lagi nanti yah!



Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)

:: Jalan-Jalan Negara Seberang ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..


Tehehe..Pentipu sungguh diriku ini kan?Katanya nak hapdet hari-hari..Malang sekali saya tidak rajin..Huhu..Kekangan kerja plus ketiadaan mood plus dugaan-dugaan demi dugaan yang menimpa diri daku ini..Eheh.. Takpala tuh..Saya anggap dugaan tuh semua sedikit ujian kecil dari Allah SWT. Mungkin ada hikmah yang lebih besar di masa depan yang kita tak nampak kan? Dan sedikit sebanyakan pujukan teman-teman serta sedara-mara semua yang masing tak lupa pesan untuk jaga diri waktu darah manis nih.. (Eh betul ke darah i manis ek?)


Ok,cukup di situ. Berbalik pada tajuk asal..Beberapa minggu lepas, saya dan keluarga pergi berjalan-jalan merayau ke salah sebuah syurga membeli-belah yang terletak di

:: Nak tengok lagi jelas g gugel sndri eh? ::

Indonesia, BANDUNG! Cerita masa book hotel dan flight ticket untuk ke Bandung nih sangatla kelaka-kelaka hayam dan menyebabkan kerugian besar pada ayahanda dan bunda ku sebab silap diri daku ini .
Tapi tak payahla nak bosankan orang baca details (padahal sebab da salah sendiri segan nak ceritalah!)

Ok gambar selepas nih pulak gambar kecil pekan-pekan atau bandar kecil yang terdapat di dalam Bandung itu sendiri. Hotel kami berada di Braga which is only 4km away from the airport tapi dek kerana kesibukan jalan di Bandung.Lebih kurang 15minit gak dari airport nak kesana. Sama gak laa macam kat KL nih.Tempat nak pegi sekangkang kera jek tapinya sebab jem perjalanan jadi lebih lama :(

:: Bandung dan bandar di dalamnya, seperti biasa nak tau lagi lanjut g gugel sndri tau! ::



Kalau pergi ke Bandung, tapi tak singgah ke Pasar Baru nih memangla tak sah.Dalam dia! Haha..Untuk siapa-siapa yang da penah pergi memang tau laa keadaan Pasar Baru nih macam mana. Actually, ini adalah kali pertama moi famille menjejak kaki ke Bandung kecuali diriku ini kerna pernah mengikuti company trip sewaktu masih bertugas dengan ofis lama. Itu pun 3 tahun lepas kalau x silap.Eh ke silap.Ntah :p

Kami dok kat Aston Braga

:: Ini adalah sarung kad kekunci ::




:: That's my mum posing right before we headed back to Malaysia ::




1st day, right after checking in, we headed to have lunch in some kind of sundanese restaurant. Makan dia ok-ok laa..Boleh masuk tekak..And it was quite expansive too. Below's the picture in that restaurant :)



 
:: Nampak tak ikan-ikan tuh? (Kalau tak nampak pun kene buat-buat nampak k?)Percaya tak,ikan-ikan tuh laa yang diorang tangkap n goreng untuk serve pada pelanggan - Btw itu adalah ikan koi..Huhu..Kembang tak tekak? ::






Right after lunch, kami singgah di segala macam outlet yang terdapat di sepanjang jalan dari restoran nak ke Pasar Baru. Kalau sesiapa yang dah pernah pergi ke Bandung memang tahulah terdapat outlet-outlet dan segala macam gedung membeli belah di kiri kanan jalan raya :)







Tempek skit gambaq-gambaq poyo di outlet-outlet persinggahan :D
:: Macam kat taman bunga walhal dalam bangunan tuh tau ::

:: Mama n adik kodek ::

:: Ini juga di dalam bangunan,tadi di tingkat atas,ini di ground floor ::

::Ok siyes muke xleh blah nih sebab da terlampau letih sangat ::



:: Tapi bila soping saya kembali ceria,sila lihat bungkusan di tangan..Haha.. ::

:: Daku amik gambar mereka elok jek,bila time shot diri ku musti sengetla,off - frame laa..Haish! ::

:: Dan semakin ceria walaupun poket da rabak :D ::

Hari kedua pulak, seawal pagi lagi kami bergerak menuju ke Tangkuban Parahu. Rasanya dulu masa pergi dengan company tak kena bayar nak masuk, tak tau laa kot memang bayar..Hehe..

:: Tade motip pape pun,saje nk tunjuk gaks! ::




Xkuasa la nak taip panjang2,tempek gmbo jela,tgk ek?

:: Romantik bukan?Eheh.. ::

:: Kami berempat sebab yang tulun snap adalah si adik lelaki ::
:: Kami berempat sebab yang tulun snap adalah si adik lelaki ::


:: Salah satu kejadian tuhan yang mengagumkan ::



:: Salah satu kejadian tuhan yang mengagumkan ::

:: Pose bajet cun (eh mmg hape :p) di tepian Tangkuban Parahu ::

:: Me mum n Me Sis tgh dok posing, ayah entah pandang ape, peniaga-peniaga yang berterbaran mencarik rejeki dengan menghimpit kami muka-muka baru di Tangkuban Parahu ::


:: Pose makan strawberry atas lereng bukit dengan beg sandang terbukak luas ::


:: Ini dipanggil kelinci di sana,dagingnya lembut (Wallahualam sbb tak rasa pun,isk..Tak mampu pun nak rasa kalau diberi peluang sekalipun..Tak sampai hati rasanya nk geget dan kunyah..)

:: Last pic snap,before pulang ke Malaysia terchenta ::

Since da lama sgt pending,da xkuasa nak add cerita2 bagai..Bayangkan jela da sebulan kot gamaknya dalam tray pending..Hehe..Pemalas sungguh Siti Safura nih! So tempek gmbo n tgk2 jela ye?Taknak tengok tutup mata dan klik x di sebelah kanan di atas.Tu pun kalau terer laa sbb da tutup mata kan..Hehe..Next post insyaAllah akan dilakukan segera sebab banyak sangat benda yang da tertinggal dan nak kena catch up lelaju..Heee..Tungguuuuuuu :D





Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)


:: Hosni Mubarak Jutawan?! Saya pun sama! ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Last Entry adalah berkenaan dengan krisis yang sedang berlaku di Mesir. Pergolakan yang mula berlaku bilamana segelintir penduduk Mesir tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri mereka yakni si Hosni Mubarak tuh. Dek kerana tak pernah nak amik tau pasal negara luar, bila da jadi camni susah gak nak dapat info tentang apa sebenarnya yang terjadi. Apa yang membuatkan penduduk Mesir nih marah, berdemo bagai sampai mengorbankan nyawa yang tak berdosa. Saya pun mula bertanya-tanya pada sumber yang paling utama :)
Ayahanda saya..

Memang sedari kecik lagi,kalau ada apa-apa, ayahanda dan bonda merupakan sumber utama yang akan ditanya atau untuk sebarang pengesahan gosip artis apa sahaja la.. (ye ayahanda saya juga menghapdet dirinya dengan gosip-gosip sebegini..Kadangkala laa..Huhu..)

Lalu bertanyala saya kepada ayahanda, apa yang menyebabkan Mesir nih bergolak sampai macam ni sekali keadaannya. Ayahanda cakap, (this is from his point of view ye kengkawan) Hosni Mubarak nih da terlampau lama jadi PM kat Mesir nih, tapi pembangunan tak berapa banyak. Bersekongkol comolot ngn US jek lebih (Ok itu saya tambah..hehe..) Lepas tu, kalau yang tak tau ni saya bitau la, dan ini bukan cerita baru, keliling Palestin tuh ada 1 tembok besar yang dibina / ditambak Israel untuk mengelakkan rakyat Palestin tuh dari keluar masuk sewenang-wenangnya. Walhal Israel tuh lah sebenarnya pendatang haram yang menambak tanah Palestin lalu dijadikan kediaman diorang (giler jahat!)


Dan dek kerana terlalu lama menjadi PM Mesir, Si Hosni Mubarak nih...






Yep..Dikhabarkan setelah terlampau lama jadik PM Mesir, dia da kaut segala duit2 yang hagaknya patut digunakan untuk pembangunan gamaknya. Untuk aritikel lanjut korang leh bacak kat sini .
Manalah tak kaya, dia dilantik jadik Timbalan PM pada 1975 dan jadi PM pada 1981! Lagi lama dia jadi PM dari umur diriku ini! ;p 
Tun M pun tak lama camni jadi PM. And even though corruption is hard to deal with here in Malaysia, kita patut bersyukur sebab kita masih punya pembangunan yang pesat dan skyscrapper yang masih menarik pengunjung luar berkunjung ke sini :)


Eh lari dari tajuk asal da..Hehe..Sebenanya tajuk tu saja nk wat camtuh sebabnya...Jeng jeng jeng..InshaAllah, hujung minggu nih bakal berlibur di bandung! :D
Da tukar duit yang tak seberapa ada nih ke rupiah, dapatlah saya pegang title jutawan tuh sekejap! Haha..Walaupun tak sekaya kutu penghisap darah yang makan darah / hasil orang lain untuk kepentingan diri sendiri! Doakan perjalanan pergi dan pulang saya dengan selamat ye kawan-kawan. InshaAllah akan saya hapdet cerita pasal ni nanti..


p/s : Terima kasih kerajaan Malaysia sebab mengadakan OPS PIRAMID untuk membawa keluar pelajar & rakyat Malaysia yang berada di Mesir walaupun menanggung kos yang tinggi. Untuk pelajar-pelajar yang berada di sana untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran,harapnya Allah SWT senantiasa memelihara anda semua. Belajar dan kemudian pulanglah menyambung legasi anda di sini..Semoga apa sahaja yang kita lakukan mendapat keberkatan dariNya..




Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 

:: Doakan Keselamatan Mereka ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

 Satu demi satu hal hangat terjadi sekarang ni.Tapi yang paling menyentuh jiwa saya waktu ni adalah berkenaan student-student serta rakyat Malaysia yang berada di Mesir.Kita disogokkan dengan berita di akhbar mahupun di televisyen yang baik-baik ataupun tidak berapa teruk keadaan di sana..Tapi anda semua boleh lihat di sini dan di blog Saudara AriffShah mengenai keadaan sebenar yang terjadi.


Kalau nak kata berita tidak benar ataupun fitnah semata-mata,wallahualam namun saya khuatir ini adalah perkara sebenar yang terjadi di sana.


:: Kredit to AriffShah.com ::


Untuk itu, saya seru rakan-rakan sekalian yang membaca agar mengirim titipan doa buat seluruh warga Malaysia yang masih berada di sana..Dan beberapa minit lepas, saya dapat tau ada khabar gembira 


:: Kredit to the above page at FB ::



Semoga yang lain-lain yang masih belum pulang bertahan dan bersabar menempuh rintangan dan buat keluarga, saudara-mara serta sahabat handai yang masih mempunyai kenalan di seberang sana sabar dan tabah menanti kepulangan insan-insan ini..


Saya memang tak mampu nak menolong namun doa tak putus saya harapkan agar semua Warga Malaysia yang di sana dipelihara Allah SWT..Kawan-kawan yang membaca tolong sebar-sebarkan berita ini ya?
Atau anda boleh ke FB dan join http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir untuk mengetahui keadaan sebenar dan selanjutnya.


Untuk Saudara Ariff Shah dan Saudari Nuvul Nadiva Dizavch  semoga jasa baik kalian menyebarkan berita ini dibalas tuhan. Saya cuma salah seorang yang mengikuti dan turut sama menyebarkan berita ini..

 
Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 

:: Prihatinnya Masyarakat Malaysia ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Ingat lagi tak entry sebelum nih? X hengat? Ok sila klik sini untuk refresh semula memori anda..
Hehe..Punyalah hangat pagi jumaat tuh.Walaupun kerja berlambak-lambak kat ofis,berterabur kertas atas meja tapi sebagai rakyat prihatin punya pasal,bila jek terbukak FB baca status kawan-kawan saya pun turut terikut sama menyebarkan berita itu..

Walhalnya PALSU! Hehe..Itu pun nasib baik setelah diberitahu oleh kazen

Heeee...    

Eheh..Lega bila da baca benda nih..Syukur rupanya benda nih tak betul..Tapi siapala gamaknya ya yang takdak keroje sesangat pepagi jumaat aritu wat fitnah nih?Anyway mintak maaf laaa sebab secara x lansung turut menyebarkan berita palsu.Anyway, it shows that we care dan Malaysia juga masih mempunyai rakyat yang perihatin terhadap masyarakat sekeliling :)

p/s : sorry for not posting it later.too tide up with works..kunun2nya ;p

Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)

:: Semoga Segala Perbuatan Jahat Diadili ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

 Salam..Baru tak barula..Pagi tadi dalam kol 9 lebih bukak FB ada sahabat post di profile nya mcm nih,

'PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternmpk MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar ank ke nursery baru sebentar tadi diarea Puchong..keprihatinan anda amat dihargai :) ni berita benar..sila sebarkan..'

Dalam usaha nak jadi rakyat dan masyarakat yang perihatin saya pun turut mempublish post yang sama di Profile FB. 



Tak berapa lama pastu,adik lelaki komen cakap Polis da jumpa kidnapper budak perempuan tuh tapi malangnya budak perempuan tersebut da dijual oleh kidnapper bangang  tak berhati perut tuh..

Jadi di sini harapnya dapatla kita sama-sama mendoakan supaya bayi perempuan yang berusia 1 tahun itu dipulangkan semula ke pangkuan keluarganya..Hopefully ini semua akan buat kita lebih alert dan lebih berhati-hati..Wallahualam...

Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)

:: Jalan-Jalan di Hujung Minggu - Part 2 ::


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Tehehe.. Janji tinggal janji jela nampaknya sebabnya banyak sgt benda dalam kepala nak berpikir..Mana nak pikir bende remeh temeh lagi..Mana nk pikir keje belambak2 kat hopis lagi..Maaf ye sebab baru nak sambung..

Okeh..Perjalanan ke Kuala Terengganu kali ni makin smooth dan kadar kesesatan berjaya dikurangkan dengan bantuan ......


Teheheheh..Seriously benda nih sangat berguna kalau korang datang ke sesuatu tempat yang alien asing pada korang..Cuma kalau korang da tau jalan guna jelah jalan yang korang tau sebab kadang2 gps nih dia suggest ikut satelit, dan jalan tuh bleh jadi jauh dari yang sepatutnya..

1st day di Kuala Terengganu kami meninggalkan diri di Felda Residence Hotel (phew..nasib ade bilik),harga semalam utk bilik standard tuh dibayar oleh ayahanda.Ok la..Not bad..2 katil single haha..Tidoq berhimpit u olls ;p

Lupe nak snap the conditions of the room tapi mmg santekla sbb menghadap ke laut n leh nampak view Pulau Duyong n Masjid Kristal.Memangla santek sangat..Recommended to all :)

2nd day tu kami decide untuk tidoq di Seri Malaysia n get 2 seperate rooms.Ayahanda ofkos la dengan bonda,me n my adik kodek sebilik.Huhu..Mmgler macam xbaper bes sgt tapi comfy la sebab mcm tidoq kat umah sorang 1 katil ;p


Hari kedua lepas check in di Seri Malaysia, kami ke Pasar Payang. Orang yang singgah ke Terengganu ni,kalau x kesini memangler x sah. N tujuannya x lain x bukan..Ayahanda nak carik samping songket. And did u all know..It's really expensive kalau songket yang pakai benang sutera dan ditenun tangan..Harganya boleh mencapai ribuan ringgit malaysia u olls! Huhu..Terkujat kan?Ini antaranya..




  Haha..Caya tak? Caya tak?Percaya lah kerana ianya benar!! Kalau da sampai KL harganya boleh mencapai belasan ribu ringgit malaysia ye u olls! Uhuhu..Pada saya yang x berduit nih,baiklah pakai samping cokia jek..Eheh..Tapinya lelaki-lelaki nih kan memang x leh kalah..Inchek tunang betul kan?Hik..


Lepas da pusing-pusing beli sampaing,beli baju batik ayahanda, kami singgah akan di Food Court Pasar Payang..Food Court lagi hokeh! I had meehoon soup..Ok-ok la..Murah pun murah..Masih lagi Ringgit Malaysia Dua..Kat KL tak dapat derrr..


Lepas makan-makan,kami pun bergerak ke destinasi seterusnya.. Bonda teringin sangat nak pergi melawat Masjid Kristal..Jadi sekali lagi dengan bantuan mister gps kami pun bergerak dengan yakinnya...








~Cantik kan?~
Subhanallah..First impression tengok memang kagum sangat..Tapi macam ada sedikit rasa terkilan sebabnya bila tau ada jurutera perunding yang bukan islam terlibat sama dalam kerja-kerja mereka dan membina Rumah Allah nih..Sedih kan?Kenapa la tak sepenuhnya guna orang Islam?Lepas tu yang macam ada sedikit terkilan,berhampiran masjid ni ada Taman yang digelar Taman Tamadun Islam, tandas di sekitar tu patutnya buat la Squating Water Closet instead off letak semua seating WC.


~Ni lah perkampungan nelayan seberang dari Masjid Kristal tu~
Tu la susahnya bila tak ambik kira kesenangan orang yang nak menggunakan tempat nih.Dan agak kesian jugak untuk penduduk-penduduk di Perkampungan Nelayan di seberang Masjid Kristal ni.Walaupun isu ni pernah kecoh dulu nak jugak sentuh sikit. Kedudukan masjid tu dan mereka, dipisahkan oleh laut yang ditambak.Jadi kalau nak solat kat masjid  tuh perlu menyeberang pulak. Sampaikan pernah ada statement mengatakan "..buatpe buat masjid mahal-mahal kalau susah sangat nak pergi.."

~Lagi perkampungan nelayan~
Tapi betul la kan?Kesian gak la kat diorang.Sedangkan kami-kami yang datang melawat haritu, ingatkan nak naik cruise untuk pusing-pusing sekeliling Pulau Duyung tuh, tapi dek kerana tak cukup 10 orang, tak dapatla naik.Walaupun ayahanda offer untuk bayar harga untuk 10 orang eventhough kami hanya berempat jek..Tapi tetap tak dapat. So korang-korang yang rasa nak naik cruise tu tadi better pergi awal pagi sebab awal-awal orang masih ramai.And maybe itu bukan peak time,yelah bukan time cuti sekolah atau public holiday sebab tu tak ramai orang.Anyway,plan wisely guys. Nih gambaq-gambaq lain di sekitar Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam tu. Enjoice~





~Adik kodek wif Mama~

~Me & my adik kodek~

~tu Felda Residence Hotel,bangunan paling tinggi dalam gambar ye~


~Ayahanda dan Bonda berlatarbelakangkan Titi River Cruise~

~Last pix snap before klua dari Masjid Kristal~




Okeh last nih nak gak boh gambaq nih..Tak kire tak kire..Nak gak..Ok korang..Ready...

Jangan muntah yeh?Hahaha..Gambaq nih macam agak misterius dicampoq dengan unsur-unsur lawak tak berapa jenaka sedikit..Tehehehehe...












~TADAA!!! Comey dak comey dak?! Bek korang cakap ye!!!~
Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)