:: Result SPM! ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Hari ni, 23hb Mac 2011, adik kodek saya akan mengambil keputusan SPM beliau. Setelah 2 tahun berhempas pulas di SMT Kajang, maka tibalah masanya..Jeng jeng jeng..

Tak payahlaa saya nak bawa anda semua mengimbau kisah lama saya dahulu sebab keputusan yang saya perolehi tidaklah segempak mana malah boleh membuatkan anda menitiskan air mata anda semua sekiranya saya memberitahu keputusan saya dahulu..

Namun Alhamdulillah berkat usaha dan doa ayah dan mama yang tak jemu memberikan semangat dan juga memberi bantuan tak kira moral mahupun kewangan, walaupun tidak melayakkan diri ke Institusi Pengajian Awam atau pun ke obersi sekalipun saya tetap berjaya menjawat jawatan sebagai seorang Jurutera Rekabentuk Mekanikal di sebuah Firma Perunding Kejuruteraan.

Lalu saya di sini, sebagai seorang kekanda kepada Nur Heedya Nisya Binti Adam, mendoakan kejayaan beliau. Walau apa bentuk keputusan yang diterima, jangan mengalah dan teruskan berjuang! 
*Btw,kalau ko x achieve flying colours no special present for you kiddo! ekekeke!*


Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)