:: Jalan-Jalan di Hujung Minggu ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Tehehehehe..Janji-janji untuk menghapdet setiap hari masih lagi belum tertunai ;p
Betul bak kata sahabat saya NaNaRuZaNa bahwasanya terdapat kekangan kerja di sini..
(padahal ada sedikit rasa malas bila da letih tapi takleh la nak dijadikan alasan ye dak?)

Ok,ni nak cerita pengalaman pergi bercuti di hujung minggu. Bak kata orang jawa 'A short vacation over the weekend'  hihihi..Hebat saya bercakap jawa kan?

Nak dijadikan cerita,khamis last week cuti Thaipusam.Malam tu memang da terasa-rasa kepala macam da berat.Tapi abaikan jela sebab cam da biasa sakit kepala n memang selalu di'ignore'kan..
Esoknya bangun,rasa pusing kepala sangat hebat :)
Sehingga memaksa mata dipejamkan semula.Dalam kol 9 camtu bonda ketuk2 bilik tanya kol brapa nk pegi.And at last saya wat keputusan untuk pegi klinik jek check dgn doc.Gedebak gedebuk da nak kol 11 n terus je mintak kat doc utk mc sbb kapla cm pusing-pusing lagi.

Balik rumah rupanya ayahanda sudah menanti,memang ayahanda ada cakap nak pergi terengganu carik samping (xbleh kalah dengan bakal menantu rupenye..Tehehehe) ,n kebetulan bonda n me cuti. (ok bonda memang cuti tapi i mc..huhu) Apa lagi,terus siap2 n bergerak menuju ke Kuala Terengganu. Takdak pun tergerak hati nak tempah2 bilik sebab kebiasaannya cuti sekolah @ public holiday je yang penuh jadi dengan langkah sempoi kami pun bergerak (eh?bukan ke naik kereta?huh)

Sambungan sat lagi laaa..Nak gak masuk gambaq2 nak share..Gambaq ada di rumah..Hehe..
Mari berkerja dengan penuh semangat! 

Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)

:: Mengapa Pintu Hati Terbukak Untuk Mula Berblogging? ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Nak dimulakan cerita, dulu-dulu memangla ada buat blog.Tapi cam suka-suka jek.
Tulis tah hape2 pastu x publish pun..Paling kuat pun dulu suka wat kuiz jek..
Alah jenis yang hade soklan panjang-panjang pastu nk kita menipu kasik jawapan tu.

Lepas tu da lama tengok & stalk baca blog orang,eh macam bes la pulak ek?
Tambah pulak baca jenis yang rajin menghapdet siap haplod gambaq lagi..
Teruja i tau..Tehehehehe..Bila baca kadang-kadang kita rasa macam da lama kenal orang tuh..
Kita da kenal, da tau, da leh hagak perangai orang ni macam mana dari penulisan dia.
Ek?Buleh plak camtuh ek?

Pendekkan cerita,yang semangat balik nak buat blog kali ni sebab...
Ada beberapa sebab utama sebenanya..Ini antaranya :

1.  Tahun 2011 seperti tahun-tahun yang sebelumnya selalu aje berazam nak jadi cani

*bukanla meliuk lentok kan badan seperti ini ye kengkawan*

sebenarnye,more to macam yang nih la..

 * tapi bukanla sekurus ini ye kengkawan, janji dapat bersaiz kecil sedikit dari sekarang*
*inchek tunang kalau membaca pasti cakap sebenanye kene kecik lebih banyak ;p*

2.  Dan seperti jugak tahun-tahun sebelumnya,sesudah mulanya berkarier,sangat-sangat berharap dapat :
* sambung stadi yang asik ditangguhkan - da 4 taun tangguh ni - nak sambung ke xnk nih.isk! *


3.  Kalau pun xdapat buat yang No. 2 tadi tuh, harap-harap dapat la perangsang/motivasi untuk jadi lebih berjaya dalam karier dan dalam hidup..


Eh apesal macam da melalut jek nih..Cakap kenapa nk berblogging sekali pegi cerita pasal azam & cita-cita plak ;p 
Lantakla siapa suruh korang baca ye dak?Teheheehehe..
Pendek kata..Sebab utamanya adalah...


* Nak carik lebih ramai kenalan, pastu gather sama-sama. G vacation camnih ke..Eheh*

Itulah sebab musabab utama gagah gak berblogging. Dan sebenarnya sebab da selalu sangat jadik stalker silent reader dan blogwalking di blog sahabat-sahabat mahupun belum bergelar sahabat,banyak sebenarnya diorang share. Secara x langsung leh menguatkan ukhwah dan point permulaan untuk bersahabat bila kita bercerita tentang sesuatu yang ada di blog diorang.Eh betul ke ayat nih. Betul la kot kan?

Orait itu aje kot untuk hari ni.. InsyaAllah,akan mula mengarang sekurang-kurangnya satu entry sehari selepas ini.Kata orang kalau nak berjaya kena rajin. Eh apa kena mengena update blog dengan berjaya?
Itu entry akan akan akan datang la..Takdak idea nk berfikir mengenai tu sekarang.

Semoga kita berjumpa lagi di entry akan datang!

Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)

:: Syukran Jazzilan ::

Tak pernah terfikir nak ada blog sendiri. Sedangkan diari pun malas x berapa rajin nak tulis dlu.
Dulu2 penahla ada blog kejap.Tapi tht's more to profinity words yang tidak sesuwai diulangtayang.Teheheh.. 

Cuma semenjak da bekerja diari/organizer mmg peneman setia yang terbaik.
Manakan tidak kat situla conteng2 nak amek notes kalau de meeting/discussion dgn bos ke client ke ngan sape2 jela..Pendek kata memang skrg ni penting kot..

Biasanya dgn bos, kalau dia panggil peluk organizer kat dada pastu bru g masuk bilik bos..
Pastu dengar jela dia membebel panjang smbey letak organizer atas peha tp xbuat pape ;p
Kalau dgn client,biasanya kalau deal ngn developer.Time dia marah2 atau sibuk nak tau pasal work progress @ pape authority approval,(ye ini yang paling selalu ditanye bila anda menjadi engineer cabuk seperti saya)mulala terkial2 selak sana sini,buat2 macam segala macam jawapan ada dalam organizer tuh.. 

Huhu..Bocor rasia mak! Heheh..Tapi alhamdulillah,after nearly 4 years bergelar sang pencacai engineer cabuk, dapat gak menyesuwaikan diri dengan sepak terajang dunia consultancy walaupun hakikat masih terlalu byk utk dipelajari dan diketahui..

Dan sekarang nih mula bergiat2 dalam dunia penulisan blog hanya untuk mendekati orang-orang luar setelah sekian lama menjadi stalker  silent reader blog2 org lain..Heheh..Moga-moga dengan keizinan Allah SWT dan sokongan rakan2 sekalian dapatla kita bertukar pandangan atau apa jua komen2 membina (yang x berapa membina pun buleh jugek sebenanye) dalam kita ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Next entry would be on "Mengapa tetibe terbukak pintu hati nak berblogging" :)

Wassalam..
p/s : skill mengedit yang dapat waktu tgh cacat otak..haha..
p/p/s : ♥ chentahati saya dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Sungai Buloh sewaktu si cacat otak di atas sedang mengarang 1st entrynya di pukul 11 malam dengan mata bengkak ;p