:: Result SPM! ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Hari ni, 23hb Mac 2011, adik kodek saya akan mengambil keputusan SPM beliau. Setelah 2 tahun berhempas pulas di SMT Kajang, maka tibalah masanya..Jeng jeng jeng..

Tak payahlaa saya nak bawa anda semua mengimbau kisah lama saya dahulu sebab keputusan yang saya perolehi tidaklah segempak mana malah boleh membuatkan anda menitiskan air mata anda semua sekiranya saya memberitahu keputusan saya dahulu..

Namun Alhamdulillah berkat usaha dan doa ayah dan mama yang tak jemu memberikan semangat dan juga memberi bantuan tak kira moral mahupun kewangan, walaupun tidak melayakkan diri ke Institusi Pengajian Awam atau pun ke obersi sekalipun saya tetap berjaya menjawat jawatan sebagai seorang Jurutera Rekabentuk Mekanikal di sebuah Firma Perunding Kejuruteraan.

Lalu saya di sini, sebagai seorang kekanda kepada Nur Heedya Nisya Binti Adam, mendoakan kejayaan beliau. Walau apa bentuk keputusan yang diterima, jangan mengalah dan teruskan berjuang! 
*Btw,kalau ko x achieve flying colours no special present for you kiddo! ekekeke!*


Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 





:: Catch Up? ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Huuu mak aih..Da berhabuk,bersawang bagai..Terlampau banyak foto dan cerita da terlepas untuk dikongsi bersama..Walaupun takda orang yang baca takpalah, ruang penulisan nih sedikit sebanyak leh membantu menolong saya belajar berkomunikasi dengan baik. (errr..baik ke?Motip?)

Okeh, hanya sebagai pemberitahuan insyaAllah posting / update terbaru akan disiarkan dalam masa terdekat.Harapnya,kekangan kerja dan perniagaan kecil-kecilan tidak membantutkan semangat menulis di alam maya ini.Hehe..Galakan kecil kepada diri sendiri!

Ketemu lagi nanti yah!



Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)

:: Jalan-Jalan Negara Seberang ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..


Tehehe..Pentipu sungguh diriku ini kan?Katanya nak hapdet hari-hari..Malang sekali saya tidak rajin..Huhu..Kekangan kerja plus ketiadaan mood plus dugaan-dugaan demi dugaan yang menimpa diri daku ini..Eheh.. Takpala tuh..Saya anggap dugaan tuh semua sedikit ujian kecil dari Allah SWT. Mungkin ada hikmah yang lebih besar di masa depan yang kita tak nampak kan? Dan sedikit sebanyakan pujukan teman-teman serta sedara-mara semua yang masing tak lupa pesan untuk jaga diri waktu darah manis nih.. (Eh betul ke darah i manis ek?)


Ok,cukup di situ. Berbalik pada tajuk asal..Beberapa minggu lepas, saya dan keluarga pergi berjalan-jalan merayau ke salah sebuah syurga membeli-belah yang terletak di

:: Nak tengok lagi jelas g gugel sndri eh? ::

Indonesia, BANDUNG! Cerita masa book hotel dan flight ticket untuk ke Bandung nih sangatla kelaka-kelaka hayam dan menyebabkan kerugian besar pada ayahanda dan bunda ku sebab silap diri daku ini .
Tapi tak payahla nak bosankan orang baca details (padahal sebab da salah sendiri segan nak ceritalah!)

Ok gambar selepas nih pulak gambar kecil pekan-pekan atau bandar kecil yang terdapat di dalam Bandung itu sendiri. Hotel kami berada di Braga which is only 4km away from the airport tapi dek kerana kesibukan jalan di Bandung.Lebih kurang 15minit gak dari airport nak kesana. Sama gak laa macam kat KL nih.Tempat nak pegi sekangkang kera jek tapinya sebab jem perjalanan jadi lebih lama :(

:: Bandung dan bandar di dalamnya, seperti biasa nak tau lagi lanjut g gugel sndri tau! ::



Kalau pergi ke Bandung, tapi tak singgah ke Pasar Baru nih memangla tak sah.Dalam dia! Haha..Untuk siapa-siapa yang da penah pergi memang tau laa keadaan Pasar Baru nih macam mana. Actually, ini adalah kali pertama moi famille menjejak kaki ke Bandung kecuali diriku ini kerna pernah mengikuti company trip sewaktu masih bertugas dengan ofis lama. Itu pun 3 tahun lepas kalau x silap.Eh ke silap.Ntah :p

Kami dok kat Aston Braga

:: Ini adalah sarung kad kekunci ::




:: That's my mum posing right before we headed back to Malaysia ::




1st day, right after checking in, we headed to have lunch in some kind of sundanese restaurant. Makan dia ok-ok laa..Boleh masuk tekak..And it was quite expansive too. Below's the picture in that restaurant :)



 
:: Nampak tak ikan-ikan tuh? (Kalau tak nampak pun kene buat-buat nampak k?)Percaya tak,ikan-ikan tuh laa yang diorang tangkap n goreng untuk serve pada pelanggan - Btw itu adalah ikan koi..Huhu..Kembang tak tekak? ::






Right after lunch, kami singgah di segala macam outlet yang terdapat di sepanjang jalan dari restoran nak ke Pasar Baru. Kalau sesiapa yang dah pernah pergi ke Bandung memang tahulah terdapat outlet-outlet dan segala macam gedung membeli belah di kiri kanan jalan raya :)







Tempek skit gambaq-gambaq poyo di outlet-outlet persinggahan :D
:: Macam kat taman bunga walhal dalam bangunan tuh tau ::

:: Mama n adik kodek ::

:: Ini juga di dalam bangunan,tadi di tingkat atas,ini di ground floor ::

::Ok siyes muke xleh blah nih sebab da terlampau letih sangat ::



:: Tapi bila soping saya kembali ceria,sila lihat bungkusan di tangan..Haha.. ::

:: Daku amik gambar mereka elok jek,bila time shot diri ku musti sengetla,off - frame laa..Haish! ::

:: Dan semakin ceria walaupun poket da rabak :D ::

Hari kedua pulak, seawal pagi lagi kami bergerak menuju ke Tangkuban Parahu. Rasanya dulu masa pergi dengan company tak kena bayar nak masuk, tak tau laa kot memang bayar..Hehe..

:: Tade motip pape pun,saje nk tunjuk gaks! ::




Xkuasa la nak taip panjang2,tempek gmbo jela,tgk ek?

:: Romantik bukan?Eheh.. ::

:: Kami berempat sebab yang tulun snap adalah si adik lelaki ::
:: Kami berempat sebab yang tulun snap adalah si adik lelaki ::


:: Salah satu kejadian tuhan yang mengagumkan ::



:: Salah satu kejadian tuhan yang mengagumkan ::

:: Pose bajet cun (eh mmg hape :p) di tepian Tangkuban Parahu ::

:: Me mum n Me Sis tgh dok posing, ayah entah pandang ape, peniaga-peniaga yang berterbaran mencarik rejeki dengan menghimpit kami muka-muka baru di Tangkuban Parahu ::


:: Pose makan strawberry atas lereng bukit dengan beg sandang terbukak luas ::


:: Ini dipanggil kelinci di sana,dagingnya lembut (Wallahualam sbb tak rasa pun,isk..Tak mampu pun nak rasa kalau diberi peluang sekalipun..Tak sampai hati rasanya nk geget dan kunyah..)

:: Last pic snap,before pulang ke Malaysia terchenta ::

Since da lama sgt pending,da xkuasa nak add cerita2 bagai..Bayangkan jela da sebulan kot gamaknya dalam tray pending..Hehe..Pemalas sungguh Siti Safura nih! So tempek gmbo n tgk2 jela ye?Taknak tengok tutup mata dan klik x di sebelah kanan di atas.Tu pun kalau terer laa sbb da tutup mata kan..Hehe..Next post insyaAllah akan dilakukan segera sebab banyak sangat benda yang da tertinggal dan nak kena catch up lelaju..Heee..Tungguuuuuuu :D





Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)


:: Hosni Mubarak Jutawan?! Saya pun sama! ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Last Entry adalah berkenaan dengan krisis yang sedang berlaku di Mesir. Pergolakan yang mula berlaku bilamana segelintir penduduk Mesir tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri mereka yakni si Hosni Mubarak tuh. Dek kerana tak pernah nak amik tau pasal negara luar, bila da jadi camni susah gak nak dapat info tentang apa sebenarnya yang terjadi. Apa yang membuatkan penduduk Mesir nih marah, berdemo bagai sampai mengorbankan nyawa yang tak berdosa. Saya pun mula bertanya-tanya pada sumber yang paling utama :)
Ayahanda saya..

Memang sedari kecik lagi,kalau ada apa-apa, ayahanda dan bonda merupakan sumber utama yang akan ditanya atau untuk sebarang pengesahan gosip artis apa sahaja la.. (ye ayahanda saya juga menghapdet dirinya dengan gosip-gosip sebegini..Kadangkala laa..Huhu..)

Lalu bertanyala saya kepada ayahanda, apa yang menyebabkan Mesir nih bergolak sampai macam ni sekali keadaannya. Ayahanda cakap, (this is from his point of view ye kengkawan) Hosni Mubarak nih da terlampau lama jadi PM kat Mesir nih, tapi pembangunan tak berapa banyak. Bersekongkol comolot ngn US jek lebih (Ok itu saya tambah..hehe..) Lepas tu, kalau yang tak tau ni saya bitau la, dan ini bukan cerita baru, keliling Palestin tuh ada 1 tembok besar yang dibina / ditambak Israel untuk mengelakkan rakyat Palestin tuh dari keluar masuk sewenang-wenangnya. Walhal Israel tuh lah sebenarnya pendatang haram yang menambak tanah Palestin lalu dijadikan kediaman diorang (giler jahat!)


Dan dek kerana terlalu lama menjadi PM Mesir, Si Hosni Mubarak nih...






Yep..Dikhabarkan setelah terlampau lama jadik PM Mesir, dia da kaut segala duit2 yang hagaknya patut digunakan untuk pembangunan gamaknya. Untuk aritikel lanjut korang leh bacak kat sini .
Manalah tak kaya, dia dilantik jadik Timbalan PM pada 1975 dan jadi PM pada 1981! Lagi lama dia jadi PM dari umur diriku ini! ;p 
Tun M pun tak lama camni jadi PM. And even though corruption is hard to deal with here in Malaysia, kita patut bersyukur sebab kita masih punya pembangunan yang pesat dan skyscrapper yang masih menarik pengunjung luar berkunjung ke sini :)


Eh lari dari tajuk asal da..Hehe..Sebenanya tajuk tu saja nk wat camtuh sebabnya...Jeng jeng jeng..InshaAllah, hujung minggu nih bakal berlibur di bandung! :D
Da tukar duit yang tak seberapa ada nih ke rupiah, dapatlah saya pegang title jutawan tuh sekejap! Haha..Walaupun tak sekaya kutu penghisap darah yang makan darah / hasil orang lain untuk kepentingan diri sendiri! Doakan perjalanan pergi dan pulang saya dengan selamat ye kawan-kawan. InshaAllah akan saya hapdet cerita pasal ni nanti..


p/s : Terima kasih kerajaan Malaysia sebab mengadakan OPS PIRAMID untuk membawa keluar pelajar & rakyat Malaysia yang berada di Mesir walaupun menanggung kos yang tinggi. Untuk pelajar-pelajar yang berada di sana untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran,harapnya Allah SWT senantiasa memelihara anda semua. Belajar dan kemudian pulanglah menyambung legasi anda di sini..Semoga apa sahaja yang kita lakukan mendapat keberkatan dariNya..




Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 

:: Doakan Keselamatan Mereka ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

 Satu demi satu hal hangat terjadi sekarang ni.Tapi yang paling menyentuh jiwa saya waktu ni adalah berkenaan student-student serta rakyat Malaysia yang berada di Mesir.Kita disogokkan dengan berita di akhbar mahupun di televisyen yang baik-baik ataupun tidak berapa teruk keadaan di sana..Tapi anda semua boleh lihat di sini dan di blog Saudara AriffShah mengenai keadaan sebenar yang terjadi.


Kalau nak kata berita tidak benar ataupun fitnah semata-mata,wallahualam namun saya khuatir ini adalah perkara sebenar yang terjadi di sana.


:: Kredit to AriffShah.com ::


Untuk itu, saya seru rakan-rakan sekalian yang membaca agar mengirim titipan doa buat seluruh warga Malaysia yang masih berada di sana..Dan beberapa minit lepas, saya dapat tau ada khabar gembira 


:: Kredit to the above page at FB ::



Semoga yang lain-lain yang masih belum pulang bertahan dan bersabar menempuh rintangan dan buat keluarga, saudara-mara serta sahabat handai yang masih mempunyai kenalan di seberang sana sabar dan tabah menanti kepulangan insan-insan ini..


Saya memang tak mampu nak menolong namun doa tak putus saya harapkan agar semua Warga Malaysia yang di sana dipelihara Allah SWT..Kawan-kawan yang membaca tolong sebar-sebarkan berita ini ya?
Atau anda boleh ke FB dan join http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir untuk mengetahui keadaan sebenar dan selanjutnya.


Untuk Saudara Ariff Shah dan Saudari Nuvul Nadiva Dizavch  semoga jasa baik kalian menyebarkan berita ini dibalas tuhan. Saya cuma salah seorang yang mengikuti dan turut sama menyebarkan berita ini..

 
Jazzakallah Huhairon ya sahabat :) 

:: Prihatinnya Masyarakat Malaysia ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Ingat lagi tak entry sebelum nih? X hengat? Ok sila klik sini untuk refresh semula memori anda..
Hehe..Punyalah hangat pagi jumaat tuh.Walaupun kerja berlambak-lambak kat ofis,berterabur kertas atas meja tapi sebagai rakyat prihatin punya pasal,bila jek terbukak FB baca status kawan-kawan saya pun turut terikut sama menyebarkan berita itu..

Walhalnya PALSU! Hehe..Itu pun nasib baik setelah diberitahu oleh kazen

Heeee...    

Eheh..Lega bila da baca benda nih..Syukur rupanya benda nih tak betul..Tapi siapala gamaknya ya yang takdak keroje sesangat pepagi jumaat aritu wat fitnah nih?Anyway mintak maaf laaa sebab secara x lansung turut menyebarkan berita palsu.Anyway, it shows that we care dan Malaysia juga masih mempunyai rakyat yang perihatin terhadap masyarakat sekeliling :)

p/s : sorry for not posting it later.too tide up with works..kunun2nya ;p

Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)

:: Semoga Segala Perbuatan Jahat Diadili ::

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

 Salam..Baru tak barula..Pagi tadi dalam kol 9 lebih bukak FB ada sahabat post di profile nya mcm nih,

'PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternmpk MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar ank ke nursery baru sebentar tadi diarea Puchong..keprihatinan anda amat dihargai :) ni berita benar..sila sebarkan..'

Dalam usaha nak jadi rakyat dan masyarakat yang perihatin saya pun turut mempublish post yang sama di Profile FB. 



Tak berapa lama pastu,adik lelaki komen cakap Polis da jumpa kidnapper budak perempuan tuh tapi malangnya budak perempuan tersebut da dijual oleh kidnapper bangang  tak berhati perut tuh..

Jadi di sini harapnya dapatla kita sama-sama mendoakan supaya bayi perempuan yang berusia 1 tahun itu dipulangkan semula ke pangkuan keluarganya..Hopefully ini semua akan buat kita lebih alert dan lebih berhati-hati..Wallahualam...

Jazzakallah Huhairon ya sahabat :)